PENYANDANG Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT)
secara rasminya melancarkan jersi yang bakal digunakan pasukan berkenaan
bagi mengharungi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim 2018/2019
ini.
Majlis pelancaran yang diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru itu
disambut meriah oleh ribuan penyokong tegar pasukan berkenaan yang mula
mengunjungi pekarangan dataran bermula jam 6 petang.
Untuk saingan Liga M musim ini, Harimau Selatan sekali menampilkan Nike
sebagai penaja rasmi bagi kit pasukan itu berdasarkan daripada
perjanjian selama tiga tahun bersama jenama terkemuka tersebut yang
telah dimeterai musim lalu.
Selain pasukan utama JDT, tiga pasukan lain yang bernaung di bawah
Kelab Bolasepak JDT, JDT II (Liga Perdana), JDT III (Piala Presiden) dan
JDT IV (Liga Belia) turut mendapat tajaan yang sama.
Tiga warna simbolik iaitu biru sebagai kit rumah (home), merah kit
pelawat (away) dan biru cair kit ketiga (alternate) diperkenal pada
majlis disempurnakan Presiden JDT, Tunku Aminah Sultan Ibrahim.
Hadir sama, Presiden Persatuan Bola sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk
Ismail Karim serta Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Fahmy Yahya.
Turut diadakan sesi jualan jersi berkenaan yang mana harga ditawarkan
RM215 sehelai bagi jersi home dan away manakala jersi ketiga pula dengan
harga RM179.
Sementara itu, dalam satu kenyataan, Pengurus Pemasaran Sukan Nike
Malaysia dan Thailand, Ernest Rodridgues berkata, pihaknya berbesar hati
menaja sebuah pasukan yang memiliki falsafah yang cukup jelas dalam
memacu kejayaan yang lebih besar.
“Nike gembira dapat menjadi rakan kongsi kepada sebuah kelab yang memiliki rekod terbaik dalam Malaysia,” katanya. - Sinar Harian

No comments:
Post a Comment